Quantcast
Channel: LOVE is about FAMILY.FOODS.TRAVEL
Viewing all 208 articles
Browse latest View live

The Grand Beach Resort Port Dickson Berhantu?

$
0
0
Aku  nak masuk citer kisah mistik sket.. heheheheh.. 

Ada orang cakap.. resort / hotel ni ada kejadian mistik.. a.k.a berhantu.. 

Hotel ni asalnya nama Selesa Beach Resort.. dan sekarang dah tukar nama
The Grand Beach Resort.. 

Hotel ni cantik.. 
Aku suka sbb ada private beach belakang hotel ni.. 

So, beach dia tak ramai... kalau ada pun.. guest hotel la.. 
Cantik kan.. pantai dia bersih..
Persekitarang hotel dia pun cantik..  

Kawasan pool dia luas.. 
Ada bahagian dewasa.. 
Ada bahagian kanak-kanak 
Tepi pool siap ada orang jual pelampung.. ball seme ni..
RM10 setiap barang.. 

Kalau dok tepi pool ni.. tengok laut.. bes nye lahai.. angin dia..  
Tepi kiri tu ada la kot kalau korang nak sewa jet ski ke apa ke.. 
Bangunan putih bawah ni sebelah kanan.. adalah kafe dia..
Tempat makan dia.. 

Bangunan dia adalah cantik.. 
Kalau dalam hotel / resort ni.. banyak pasu pasu besar.. 
ala-ala hiasan dalaman cina camtu.. cantik.. klasik sikit.  
Aku sebenarnya penah menginap sini tahun 2008/2009 camtu.. 
Ada bengkel.. dan ada la pergerakan malam malam tu.. 
Dari bilik ke tempat seminar semua.. 

Alhamdulillah.. takde sebarang gangguan pun.. 
Masa tu dapat bilik ground floor je.. 
Tepi pool.. 

dan Mac 2015 aku datang semula.. 
Management dah bertukar.. dan cat pun ada lain sket.. dah dicat semula.. 

Kali ni bilik tingkat 3 dan di tengah tengah.. 
Alhamdulillah jugak.. tidur malam kami nyenyak.. 

Pada aku.. setiap ceruk mana pun ada mahluk lain selain manusia ni.. 
Hatta ko duduk kat perhentian bas pun.. 
kat pejabat pun.. 
Kena percaya kewujudan semua tu.. 

Cuma jangan la kita harap sangat nak terserempak ke apa kan.. 
Hahahhahahah.. aku mmg percaya adanya mende tu.. 
dan aku xpenah pun harap ternampak ke apa. 
aku tak kacau dia.. jangan kacau aku..tu je.. 

Cuma kalau korang google ada kisah di sebalik hotel yg korang nak p tu.. 
Jangan la pulak mmg saje nak try bilik yg sama.. hotel yg sama.. 

Kalau dah tau .. cuba elakkan dan kalau otel tak penah stay.. 
Korang tawakal je.. 

so, kesimpulannya.. selamat bercuti :) 
Kami stay 1 malam je pun.. so, esoknya dalam jam 12.30 kami check out.. 


Vistana Hotel Pulau Pinang

$
0
0
Ni adalah kisah tertunggah bulan Mac aritu.. pegi atas urusan kerja..

Alhamdulillah.. 

Kalini kita menginap di Vistana Hotel Pulau Pinang.

Ni adalah antara hotel yang dicadangkan oleh USM sebenarnya. 

Mesyuarat di USM. so, ni adalah hotel yang terdekat di sana. 
View dari bilik  
Lumrah aku mmg suka sbelum masuk amik gambar bilik dulu. hahahahha
Bilik Twin Sharing ye 
Vistana adalah antara hotel yang aku rasa paling bes
Sbb bantal dia banyak.... dan bantal dia lembut gile. hahahahha  
Toilet pun nak tunjuk ke.. 

eh.. mestilahhhh.. ada orang google hotel.. mende pertama dia nak tengok adalah tandas dia.
Betul takkkkkkk ??

Vistana mana pun.. kl sekali pun dulu ada bath tub kat bilik.. 

Sejak renovate tu tuk bilik biasa mmg takde dah.. 

Kalau nak bath tub kat executive room je ade ye. :) 
  
Ikhlas cakap.. aku mmg admire gile kat shape sinki dia. hahahaha
kalau ada rezeki.. nakkkkk jugak sinki camni. tak kira. 
Bagus sekarang ni takde dah sabun sabun kecik dalam bekas bekas tu.. 

Semua cam dalam gambo atas tu.. senang weih.
Kat sink ada.. kat tepi shower ada.. mudah keje kan.. 

shower pun besssssss... 

cuma kannnn.. ada satu je mende yang tak berapa nak memuaskan hati.. 

kadang-kadang dalam bilik dia cam ada bau tak menyenangkan sikit.
cam hapak ke apa ek.. tapi bau cam sekali lalu je.. tak berpanjangan la.. 

lain seme ok.. aku rasa korang bole tido lena la kalau kat sini. insha allah.. :)



Konvoi Beca - Taman Kota Lama Pulau Pinang ke Chowrasta

$
0
0
Citer lompat-lompat je ni.. baru berkesempatan nak update kisah miting kat penang aritu.. 

Lepas miting.. ada masa terluang.. 

Kami diberi peluang naik beca.. 
Hehehehhe.. ala.. org Melaka cam tak penah naik beca.. 

Jujurnya.. ni kali kedua aku naik beca.. 

Sekali di Melaka.. sekali di Penang.. 

Tu pun sbb pihak USM aturkan .. bessss.. tq.
Ada bas ke Padang Kota Lama. 
so, kami turun je.. tengok dah ada banyak beca menunggu.. 

Teruja ok. naik beca kat tempat orang.. 
Tempat sendiri tu feel dia lain sket.. 
cuma kan.. Kalau kat melaka.. penarik beca dia lebih ramai yg muda dari yg berumur

Yang kat sini.. cam dah uzur.. mmg rasa serba salah sangat
sbb yg nak naik ni bukan calang-calang beratnya.. 

60kg uooolssssss :p
Aku x pilih pun beca.. tp ada uncle cina ni panggil aku
Naik beca dia.. 
Naik-naik je.. dia terus bawak p tempat redup sket.. 
Suh aku posing dia amikkan gambo.. 

Sporting gile ok... 
Dia amikkan pakai hp aku je pun.. xyah disuruh.. 

Bawah ni hasil dari gambo dia amik. hehehe
Nampak beria sangat kan muka aku.. hahaha
Bila masing-masing dah naik beca.. so, konvoi
bermula dari padang kota lama tu.. 
Tengah panas uolssssss.. 
Terkedip-kedip bijik mata.. 
Uncle tu tak naikkan pun tutup kepala tu.. 
Agaknya dia tengok aku suka amik gambo je kan.. 

So, pada dia agaknya.. biar la ko pnas.. 
Ko pun sibuk nak amik gambo je kan.. hahahahah
Ni konvoi bukan sebarang konvoi.. 

Siap ada raider depan sekali uollssssss.. 
kalau konvoi kereta ada marshall kan.. camtu la ni.. 

Meriahhhhhh... 
Bawah ni la rider yg lead tu.. 

Kenangan uolllsssssss.. 

Street Art Pulau Pinang

$
0
0
Convoi beca aritu... mmg setiap tempat yang bes derang akan turunkan kita.. 

So, jalan la nak beli souvenir ke.. nak bergambo ke kan

Banyak jugak tempat kami sempat tengok.. bergambo.. 

Tp tak semua la.. sian uncle-uncle tu seme sekejap sekejap nak stop.. hehehe
Sebelum ni p penang mmg x berkesempatan pun nak p sini. 
so, ni mmg fes time la tengok lukisan kat dinding penang ni. 
Hahahahhahaa.
Masa bergambo kat sini.. nampak lengang je kan
Tp sebenarnya depan tepi tu penuh dengan org yg tengok ko bergambo.
hahahahahaha.. bukan tengok sahaja la kot.. jangan nak perasan.

Org dok tunggu turn nak bergambo sebenarnya.. ko settle je peace tu.. 
Org dah dtg nak suh ko blah. hahahha
panas terik masa ni uollsssssss.. 
Tp sebab nak bergambo kenangan.. gagah ok


Kat area street art ni mmg banyak sangat basikal tuk disewa
Macam-macam jenis
Harga tak pasti pulak.. 
Ni lawak. aku dok pikir.. aku dok atas moto ni.. 
Tak jatuh ke.. x patah ke seat atas tu seme.. 
depan ni masa tu penuh ok org.. ko selamba ajelah duduk kan. 

Ko lambat berderet dah org nak duduk. hahahahah
Jujur kagum sangat la dengan lukisan dinding ni. 
Mmg unik sangat sangat.
Bukan setakat lukisan. tp cam atas ni.. 
dari besi ke apa ek.. dawai? lawaaaaaaaa.. 

Mmg kalau p penang.. korang p la Street Art ni bergambo kenangan.
1 gambo pun jadi la.. hehehehhehe.. 

Lepas je bergambo seme ni.. kitaorng terus p Pasar Chowrasta.. 
Last station tuk beca kitaorang ni.. 

Dah turun korang pepandai la hulur kat pakcik tu walaupun dia dah dibyar.. 
Sian weih.. berat plak bukan calang-calang berat!

Selamat Hari Raya

$
0
0
Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua. Maaf zahir dan batin sekiranya ada perkataan yang mengganggu gugat perasaan sesiapa. ada yang terasa ke apa ye. :)

Sangat la pemalas nak apdet apa apa.. padahal mmg kerap je bukak blog sendiri. dengan harapan ada entry baru yang diupdate setiap hari. tp setiap kali bukak.. mmg takde. dah siapa plak nak hapdet kalau bukan diri sendiri kan. 

Dalam proses amik semangat nak update. hahahahhaha.. pelan-pelan kita rajinkan diri sendiri. :)

Lebih 2 Tahun Berlalu

$
0
0
Dah lebih 2 tahun blog terbiar camni. 

Dulu orang ada blog. ko pun sibuk nak ada blog. 

Yang ada blog tu rajin. ko pulak pemalas.

Tetap sibuk nak ada blog jugak. 

Konon nak simpan kenangan. Tak tau la sampai bila kekal ada blog ni.

Banyakkkkkkk sangat perubahan dalam masa 2 tahun ni. 

Tapi syukur Alhamdulillah masih diberi kehidupan dan kesihatan yang baik.

Syukur Ya Allah. atas nikmat kurniaan ini. Alhamdulillah.

Beli Baju Sekolah Murah di Melaka

$
0
0
Cam biasa mula je cuti sekolah, mak mak paling sibuk biasanya pikir persediaan nak masuk sekolah tahun seterusnya.

Baju sekolah, yuran sekolah, tarikh pendaftaran sekolah.

Tahun ni memandangkan ada anak nak masuk darjah 1, dan abang naik tahun 5, persediaan kena mula awal. 

Tahun sebelum-sebelum ni memang beli baju sekolah kat Bee Loon je. Kat Jalan Bendahara.  Situ satu bangunan je. Bangunan putih yang sharing dengan Hotel Sterling. Cuma situ parking terhad sikit. Belakang  bangunan ada parking. Depan bangunan pun ada parking lebih strategik. Nasib baik dpat la parking depan bangunan. dan parking berbayar. sekarang masuk tandas pun dah mahal. 

Kalau kat Bee Loon Melaka ni HQ. Cawangan lain ada jugak rasanya. satu bangunan semua keperluan sekolah ada. Baju seragam sekolah pelbagai warna cam pelangi, kasut sekolah, beg sekolah dari puluh ringgit sampai ke ratus ringgit, stationery, baju seragam pengakap, pandu puteri semua pun ada. servis tuk alter, tampal lencana nama sekolah pun siap juga. Mmg sesuai la tuk persiapan sekolah. sediakan duit je.

Sebenarnya sekarang pun boleh shopping online je. http://www.beeloon.com/ cuma biasanya kalau nak beli baju ni biasa kena testkan jugak. baru puas rasa ati tu. 

Tapi tahun ni, kebetulan kami plan nak shopping awal sket tuk kelengkapan sekolah anak-anak. dan kebetulan masa ke Bee Loon ni tutup dan jualan tuk persiapan sekolah pun belum mula lagi. 

So, kami try tempat baru kat Taman Asean.  Kalau tau Bata kat Malim tu yang satu bangunan beso tu, depan sket nanti akan nampak 1 pintu gerbang lama Taman Asean. Sebelah kiri. Masuk je pintu gerbang tu then ke kiri. jalan terus sampai nampak satu signboard B Gee Trading. dia bukan kedai ye. Rumah yang dijadikan kedai. Rumah Kedai la kot. hehehhehe.. sebelum longkang besar sebelah kiri. 

So far, harga sini ada sikit murah la pada aku. kat sini tak banyak yang dijual. Baju seragam sekolah biasa, kasut tak banyak pilihan, dan beg. Beg pun kebanyakkannya beg tarik. pun takde pilihan sangat tuk yang lain-lain. Ruang dia tak luas sangat. tp selesa dah kalau 3 keluarga /4 keluarga dalam tu. kalau ramai sket ngan anak-anak mgkin tak selesa. 

Kat sini pilihan jenis kain baju sekolah ada Cotton penuh, campuran yang pada aku sikit lembut dari full cotton dan licin. Dan kain baju dia pun sikit biru2. bukan putih semate. aku lagi prefer kain camtu. 

So pilih punya pilih, Alhamdulillah, 2 pasang baju kurung / 2 tudung / stoking / kasut / tuk hanania dan 2 pasang baju sek pagi / 2 pasang baju sekolah agama / stoking / samping / kasut tuk aqeef total semua adalah RM380 ++ camtu. 

So, boleh buat pilihan masing-masing. Pilihan di tangan anda. :)

Sekadar berkongsi.  Sbb kalau nak diambil kira dari sudut kualiti, rasanya sekarang semua pun lebih kurang sama je kualiti tu. kalau pandai jaga mungkin boleh tahan lama sikit, kalau dapat yang memang jenis tak sampai 2jam kat sekolah dah berkepuk, tetap jugak tengah tahun kena ganti baju seragam yang baru. dengan tompok aiskrim, tompok water color semua. biasanya baju seragam berganti bukan sbb koyak tapi sbb kotor. ni pengalaman aku yang mengganti baju sekolah anak lelaki pada pertengahan tahun aritu.

Jadi mungkin boleh buat survey dan memilih. sekolah pun dah nak bermula tak lama lagi. :)

Kaedah Berkhatan

$
0
0
Anak kita dah masuk jawi weiii!. 

Hahahahhaa.. 

Okeh. Sebelum berkhatan mak sibuk google sana sini. 

Emosi mak lagi terganggu, padahal anak elok je mengadap tv, mengadap handphone

Alhamdulillah. selesai jugak acara berdebo ni.

Hasil google, macam-macam rupanya kaedah berkhatan sekarang.

Ada orang guna kaedah :

i) Konvensional

- Kaedah ni guna pisau. Dulu-dulu pakai kaedah ni je kot. dok atas batang pisang. mandi sungai dulu pepagi. then tok mudim datang. hehehehehe. 

ii) Kaedah Laser

- Ni proses tak guna pisau. tp guna laser. kira canggih sikit la. pendarahan pun tak banyak katenye. jahitan selepas pisau dan laser tu tetap ada. 

iii) Clamp

Kaedah ni dia gunakan alat dan tak dijahit selepas proses selesai. dan senang tuk dijaga.

Setelah ditimbang kati, aku pilih tuk kaedah : Laser.

Kenape? sbb tu aku rasa tu paling sesuai tuk anak aku. sakit tu tetap sama kot. cuma mudah tuk urusan selepas khatan. urusan penjagaan tu semua. 

Yang pisau tu mmg aku risau dia tgok pisau je dah meraung. dan yang clamp ni aku dah buat kajian dan google ramai yang cakap kalau kaedah clamp ni mudah tuk jaga. tp mungkin berhadapan dengan situasi 2x sakit. masa nak buat dan selepas tuk tanggalkan clamp. so jangan amik risiko.

Lain mak lain pendapat la rasanya. so ini pendapat dan pilihan tuk anak aku la. hehehehe.. 

So, pagi tuk proses khatan tu dibuat kat klinik je. dengan bayaran RM150 dan deposit awal diperlukan masa booking. kalau tak booking memang ramai la. 

Apa yang diramal mmg terjadi la. Aqeef satu satu nya patient yang meraung dan menangis. haru kat situ. so, aku rasa tak silap la keputusan aku amik laser dari pilihan yang lain. hehehehhee.. 

Dah selesai seme proses, ambil ubat kat kaunter (harga ubat termasuk semua dalam bayaran awal tu) dan aku ada beli 1 ubat yang klinik suggest. cam krim tube tu je. RM10 tambahan. 

Sampai rumah je stenby la. Anak aku mgkin tak sama ngan anak orang. so sampai je rumah drama pun start balik. Bagi dia ubat tahan sakit dan antibiotik. Dalam sejam lepas tu dia dah boleh buang air sendiri semua. Cam aku takde pulak ubat luka ke apa. Lepas mandi semua keringkan dan sapu je ubat tiub yang klinik bagi tu. 

Makan pun memang pantang la makan yang gatal2 tu terutama telur. Ayam semua. Ikut la masing-masing kan. Cam aku aku buat ikan bakar, ikan goreng, ikan sup. ikan bilis goreng. itu je  makanan dia. Hari ke 7 baru dia berani makan ayam. 

Alhamdulillah la. luka pun cepat baik. Cara aku sapu krim tu tak pakai tisu ke cotton bud ke apa. aku just picit je tube tu keliling kan bahagian yang sulit tu. hehehehehhe. so, mmg takde sentuhan ke apa. berani nak sentuh dah menjerit. hari ke 7 dah boleh pakai seluar dah. hari ke 8 dah main bola pun. 

Cuma bila teringat balik awal-awal berkhatan aritu ayat pertama yang keluar 'nasib anak lelaki seorang je' huhuhuhu. 

Mana-mana kaedah berkhatan pun sama je proses nye. cuma mgkin ada lebih dan kurangnya pada mata masing-masing. baru-baru ni ada officemate anak dia berkhatan kaedah laser. tapi tanpa jahitan. hanya gam. pun satu kaedah yang aku rasa baru tuk aku dengar. so, boleh la berkhatan dengan tenang. hehehehe







Viewing all 208 articles
Browse latest View live